Welcome

animasi-bergerak-selamat-datang-0291

Monday, 26 September 2016

Jom Belajar Koding

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Jom Belajar Koding...


Seronok dan sangat puas hati!!! 

Itulah perasaan yang dapat saya gambarkan setelah mengiring pelajar-pelajar IKTBN Alor Gajah merangkap sebagai peserta Jom Belajar Koding Peringkat Negeri Melaka di Auditorium, MITC, Ayer Keroh, Melaka.

YOU GUYS ARE AWESOME.... Salute!!! Terbaik!!!


Jommmm......

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada peserta JOM BELAJAR KODING dari IKTBN Alor Gajah kerana sanggup mengorbankan masa hujung minggu anda dengan belajar koding ini.

Ucapan penghargaan juga ditujukan khas untuk Biro Profesional Muda, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Melaka kerana menganjurkan program ini semata-mata untuk meningkatkan kebolehpasaran anak-anak muda belia negeri dari segi peningkatan kemahiran koding dalam teknologi maklumat.

Senyum walau dalam apa jua keadaan kan..... heheh


Saya sangat suka dan berharap ada antara peserta JOM BELAJAR KODING ini menyertai pertandingan seperti yang diwar-warkan dalam program yang lepas.  Kalian boleh buat dan saya berkeyakinan yang kalian BOLEH!!!!


Sudah lebih dari 15 tahun meninggalkan bahasa pengaturcaraan ini..... Catch up.. Wake up guys...

Sekian, Wassalam.

Friday, 23 September 2016

Peka Bahasa Siri 4

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Semoga hari ini lebih baik berbanding semalam.

Semoga anda semua sentiasa berada di bawah lembayung kasihNya. Entri kali ini saya masih ingin berkongsi siri Peka Bahasa yang telah dikeluarkan oleh pihak KBS kepada semua warga KBS.



Sekian, wassalam.

Thursday, 8 September 2016

Peka Bahasa Siri 3

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Selamat menyambut Hari Raya Qurban kepada semua dan Selamat menyambut Hari Malaysia pada 16 September 2016. 

Semoga anda semua sentiasa berada di bawah lembayung kasihNya. Entri kali ini saya ingin berkongsi Peka Bahasa yang telah dikeluarkan oleh pihak KBS kepada semua warga KBS.
Sekian, Wassalam

Monday, 29 August 2016

PEKA BAHASA SIRI 2

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera...


Salam 1 Malaysia, Salam Merdeka 


#sehatisejiwa

Peka bahasa pada kali ini penggunaan perkataan mencolok dan menjolok. Berikut adalah perbandingan penggunaan kata tersebut:


Sunday, 28 August 2016

PEKA BAHASA SIRI 1

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...


INFO PENGGUNAAN BAHASA MELAYU...

Entri kali ini dan seterusnya adalah pengumpulan peka bahasa yang diperolehi dari Team Kementerian Belia dan Sukan.

Berikut adalah info penggunaan Bahasa Melayu yang betul yang diperolehi dari Team KBS.

Selamat Membaca...

Wassalam

Wednesday, 24 August 2016

Cuti2 Malaysia

Assalam dan Selamat Sejahtera....


Bertenaga semula setelah bercuti bersama rakan-rakan sekerja.

Bersama rakan sekerja... Ustazah Ayu, Miss Atirah dan Pn. Auni
Puas dan gembira hingga tidak dapat saya gambarkan dengan perkataan.  Tiba-tiba rindu menerpa untuk saya kembali menulis dan berkongsi cerita. Sambil bercuti jangan pula lupa ada adab-adab yang perlu diikuti oleh setiap muslimin dan muslimat.

Menikmati yong tau foo di Bagan Pinang.  Duduk bersila ala-ala kg.com gitu.  Sopan santun dan ayu gitu.
Tetapi adat orang timur kan ... begitulah gayanya. 
Entri saya pada hari ini adab dan sikap ketika bermusafir.  Adab dan sikap yang baik tentulah idola muslimin dan muslimat iaitu Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W.

Adab Musafir
Adab-adab musafir yang sunat diberikan perhatian oleh kita semua adalah seperti berikut:

1. Memulakan perjalanan pada hari Khamis
2. Memulakan perjalanan pada waktu malam
3. Tidak bermusafir sendirian
4. Mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga
5. Berdoa ketika bermusafir
6. Segera pulang apabila urusan sudah selesai

Mengapa?

Menurut Riwayat al-Bukhari, Rasulullah suka memulakan perjalanannya pada hari Khamis. Rasulullah juga mengingatkan:"Jika manusia mengetahui bahaya bermusafir sendirian sebagaimana yang aku ketahui, tentu mereka enggan bermusafir sendirian."

Menurut Riwayat Abu Dawud pula mengatakan, Rasulullah  bersabda: "Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam."

Menurut Riwayat Ahmad, Rasulullah bersabda: "Amalkanlah doa Rasulullah iaitu "Aku serahkan kamu kepada Allah yang tidak pernah mensia-siakan simpanan yang ditinggalkan kepadaNya."

Riwayat al-Tarmizi pula mengatakan, "Tiga doa yang pasti akan dikabulkan Allah ialah doa orang teraniaya, doa orang dalam perjalanan dan doa orang tua terhadap anaknya."

Riwayat al-Bukhari dan Muslim mengatakan, Rasulullah menyatakan: "Perjalanan adalah sebahagian daripada azab. Dia tidak dapat makan enak dan minum sepuas-puasnya serta tidur dengan nyenyak. Apabila seorang daripada kamu sudah menyelesaikan hajatnya, segeralah kembali kepada keluarganya."

Wallahu a'lam. (sumberBicara Sunnah:Al-Ustaz, Isu No 20)

Sekian, 
Wassalam. 

#sehatisejiwa



Tuesday, 5 April 2016

Kemahiran Bahasa

Assalamualaikum dan Salam 1Bahasa,

Setelah sekian lama sepi tanpa berita, hari ini saya berkesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu bahasa hasil dari pembacaan saya melalui siaran akbhar tempatan. Selamat membaca... 

KEKELIRUAN AWALAN PEN-

Dalam bahasa Melayu, awalan PeN- sering mengelirukan pengguna bahasa. Sebagai pengguna bahasa, kita perlulah mengetahui bahawa awalan PeN- boleh membentuk pelbagai awalan seperti pe-, pem-, pen- dan peng-.

Dalam hal ini, pengguna bahasa sering mengalami kekeliruan antara awalan PeN- dengan awalan pe- yang terdapat dalam bahasa Melayu yang boleh membawa awalan PeN- di samping awalan pe-. Contoh:



Ayat contoh:
1. 
(a) Jarum penunjuk jam itu sangat pendek.
(b) Pada malam itu, saya mendapat petunjuk daripada-Nya.

2. 
(a) Dia menunjukkan peninjunya kepada pihak lawan.  
(b) Petinju negara akan ke Sukan SEA untuk mempertahankan pingat emas dalam kejohanan tinju itu.

3. 
(a) Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah SWT.
(b) Penyuruh yang menyebabkan wanita itu terperangkap dalam aktiviti pengedaran dadah telah ditangkap oleh pihak berkuasa.

4. 
(a) Semua petugas media dikehendaki memakai pas keselamatan.
(b) Saya mengikut arahan penugas itu tentang perkara-perkara yang perlu saya lakukan.

5. 
(a) Penyakit yang sedang merebak di negara kita itu dari luar negara.
(b) Pesakit itu amat gembira kerana ditempatkan di wad kelas pertama.

6. 
(a) Kebanyakan pengilang atau pekerja di kilang itu warga asing.
(b) Semua pekilang dikehendaki mematuhi peraturan tentang alam sekitar.

7. 
(a) Pesara kerajaan mendapat kemudahan rawatan percuma di hospital kerajaan.
(b) Beliau ialah penyara kepada anak-anak saudaranya yang telah kehilangan ibu bapa sejak dua tahun yang lalu.


Ayat contoh beserta perbandingan:

Jika kita meneliti ayat dibawah, ayat (1) salah, manakala ayat (2) betul.

1. Peninju negara telah berjaya memenangi pertarungan itu. [X]
2. Petinju negara telah berjaya memenangi pertarungan itu. [/]

Ayat (1) salah kerana perkataan 'peninju' bermaksud genggaman tangan atau penumbuk.
Ayat (2) betul kerana perkataan 'petinju' bermaksud orang yang bertinju.

Sebagai kesimpulannya, pengguna bahasa Melayu perlulan menguasai awalan PeN- dan awalan pe- sama ada dari segi bentuk atau makna. Apabila kedua-dua aspek ini dikuasai, kita dapat menggunakan bahasa dengan betul.

Sekian..

Wassalam

Tuesday, 16 February 2016

Indah Bahasa

Assalamualaikum dan Salam 1 Bahasa,


Kali ini saya ingin berkongsi maksud perkataan, cerita peribahasa, tip menjimatkan wang saku anak-anak dan betulkan yang biasa.

A) Kamus anda

(i) 
Perkataan: hemah
Maksud: budi pekerti yang mulia atau tingkah laku yang baik
Ayat: Beliau sangat dikenali oleh penduduk di sini kerana keikhlasannya dan hemahnya.

(ii)
Perkataan: hemat
Maksud: cermat atau tidak boros
Ayat: Rakyat Malaysia hendaklah hemat berbelanja kerana negara kita sedang mengalami kegawatan ekonomi.

B) Cerita Peribahasa

Seperti Kerakap Tumbuh di Batu, Hidup Segan Mati Tak Mahu

Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, hidup Pak Kaman sekeluarga masih terlalu miskin dan melarat. Ada sahaja kemalangan menimpanya dan yang terakhir pondok tempat mereka tinggal pula terbakar. Hal ini menyebabkan tujuh orang anaknya diserahkan kepada keluarga angkat masing-masing. Sementara Pak Kaman pula dihantar ke rumah kebajikan. Keadaan Pak Kaman itu dapatlah diibaratkan seperti kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tak mahu.

C) Tip

Langkah menjimatkan Wang Saku Anak-anak

1. Bawa air minuman dari rumah
2. Bersarapan di rumah
3. Asingkan wang lebihan terlebih dahulu
4. Beli makanan yang mengenyangkan 
5. Beli barangan yang perlu sahaja
6. Simpan wang lebihan

D) Betulkan yang biasa

Kesalahan penggunaan kata ganti nama diri

Rumus: Kata ganti nama beliau digunakan untuk orang yang dihormati seperti pegawai kerajaan, syarikat swasta dan ibu bapa. Kata ganti nama ini tidak sesuai digunakan untuk orang yang tidak dihormati seperti penjenayah atau kanak-kanak.

Contoh:


  • "Aku tidak memahami tajuk yang diajarkan oleh beliau," kata Asraf kepada rakannya.
  • Budak kecil itu menangis dengan sekuat-kuatnya kerana ia lapar.
  • Perompak itu dapat melepaskan dirinya daripada pemeriksaan polis kerana dia menyamar seperti peminta sedekah.


Sekian, Wassalam.

Tuesday, 9 February 2016

Penguasaan Bahasa Melayu (Bahagian 2)

Assalamualaikum dan Salam 1Bahasa,


Seperti yang dijanjikan pada entri kali ini saya akan menyambung bahagian kedua Morfologi iaitu proses pembentukan kata Bahasa Melayu.

2. Proses pembentukan kata dalam Bahasa Melayu dari segi bentuk terbahagi kepada empat iaitu:

2.1 Bentuk kata tunggal
2.2 Bentuk kata terbitan
2.3 Bentuk kata majmuk
2.4 Bentuk kata ganda

2.1 Bentuk Kata Tunggal
Kata tunggal ialah perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian. Terdapat dua jenis kata tunggal iaitu:

2.1.1 Kata tunggal satu suku kata
Contoh: yu, ru, am, cat, draf, teks, skrip

2.1.2 Kata tunggal dua suku kata atau lebih
Contoh: aku, ibu, air, ais, buih, pukul, sendi, junjung

2.1.3 Kata tunggal tiga suku kata
Contoh: suara, tuala, piutang, kiamat, mentega, riwayat

2.1.4 Kata tunggal empat suku kata dan lebih
Contoh: keluarga, bijaksana, samudera, hulu balang, cenderawasih, maharajalela

2.2 Bentuk Kata Terbitan
Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Imbuhan pula dibahagikan kepada empat jenis iaitu:

(i) Awalan, yang hadir sebelum kata dasar
(ii) Akhiran, yang hadir sesudah kata dasar
(iii) Apitan, yang hadir secara mengapit kata dasar, iaitu dua bahagian imbuhan hadir serentak di awal dan di akhir kata dasar
(iv) Sisipan, yang hadir di celah kata dasar

2.2.1 Kata Terbitan Berawalan

Soalan contoh:

i. Kami sungguh tersentuh kerana guru yang kami sayangi akan berpindah ke sekolah lain.
(Jawapan: terharu)

ii. Harishah telah lulus dengan cemerlang dalam PT3 kerana dia selalu berdepan dengan buku.
(Jawapan: berdamping)

2.2.2 Kata Terbitan Berapitan

(a) Apitan kata nama

Soalan contoh:

i. Kerja-kerja pembungkusan makanan segera telah dilakukan oleh pekerja perkilangan itu sebelum proses penghantaran dilakukan.
(Jawapan: kilang)

ii. Jawatankuasa pelaksanaan Hari Aspresiasi Murid akan mengadakan mesyuarat pada petang ini.
(Jawapan: pelaksana)

(b) Apitan kata kerja

Soalan contoh:

i. Abang terlambat bangun pada pagi tadi sehingga menyebabkan biliknya kelihatan bertaburan.
(Jawapan: berserakan)

ii. Puan Selvarani terpaksa memawahkan rumahnya di Bangsar kepada jiran sebelahnya kerana dia berpindah ke Kota Bharu.
(Jawapan: mencagarkan)

2.3 Bentuk Kata Majmuk
Kata majmuk ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit.

Soalan contoh:

i. Kerajaan negeri Melaka berusaha memulihara warisan sejarah dengan membaikpulih bangunan lama dengan memperuntukkan belanja yang besar.
(Jawapan: membaik pulih)

ii. Cikgu Faridah meminta murid-muridnya mengemaskini buku nota masing-masing untuk disemak oleh pengetua.
(Jawapan: mengemas kini)

iii. Bilik Pusat Sumber sekolah kami akan dinaiktaraf dengan memasang alat pendingin hawa agar suasananya lebih kondusif.
(Jawapan: dinaik taraf)

2.4 Bentuk Kata Ganda
Kata ganda ialah proses menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak.

2.4.1 Penggandaan penuh
2.4.2 Penggandaan penuh kata tunggal
2.4.3 Penggandaan penuh kata berimbuhan

Soalan contoh:

i. Senarai barang-barang keperluan yang perlu dibawa oleh peserta kursus kepimpinan murid telah disediakan oleh urus setia sebelum pendaftaran
(Jawapan: barang)

ii. Di majlis perkahwinan anak Datin Rashidah, kelihatan tetamu berganti-ganti menyiramkan air mawar kepada kedua-dua mempelai ketika adat bersanding dilangsungkan
(Jawapan: bergilir-gilir)

Sekian, Wassalam.



Monday, 1 February 2016

Penguasaan Bahasa Melayu

Asssalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Entri saya pada kali ini akan memfokuskan kepada penguasaan bahasa yang berkaitan golongan kata dan proses pembentukan kata.

BAHAGIAN MORFOLOGI

1. Golongan kata bahasa Melayu terbahagi kepada empat iaitu:

1.1 Kata Nama
1.1.1 Kata Ganti Nama Diri (Pertama, Kedua dan Ketiga) dan Bahasa Istana

Soalan Contoh:
Kesalahan tatabahasa ayat dibawah akan digariskan dan dihitamkan.

a) "Izinkan saya membawa santapan ke bilik tuan puteri", sembah ketua dayang kepada Sultan Mahmud.
(Jawapan: patik)

b) "Bolehkah awak jelaskan kepada kawan-kawan awak itu supaya dia tahu bahawa aktiviti kokurikulum sangat berfaedah kepada semua murid", pinta Ahmad kepada Ali.
(Jawapan: mereka)

c) Beliau tidak dapat hadir ke Majlis Santapan itu kerana bondanya gering.
(Jawapan: Baginda)

1.2 Kata Kerja
1.2.1 Kata Kerja Tunggal dan Kata Kerja Berimbuhan

Soalan Contoh:
Kesalahan tatabahasa ayat dibawah akan digariskan dan dihitamkan.

Apabila hidangan telah dihidangkan, dayang istana meminta Tuan Puteri Kenchana untuk makan. Selesai sahaja bersantap bersama Tuan Puteri Kenchana itu, baginda pulang ke istana dengan diiringi pegawai diraja. Oleh sebab perjalanan yang jauh, baginda memberitahu para pembesarnya bahawa baginda ingin tidur. Keesokan harinya, baginda memerintahkan semua pengawal istana bersedia untuk menemani baginda berburu ke hutan.
(Jawapan: santap, berangkat, beradu, menitahkan)

1.3 Kata Adjektif
1.3.1 Kata Adjektif Tunggal

Soalan contoh:
Kesalahan tatabahasa ayat dibawah akan digariskan dan dihitamkan.

a) Para penyokong pasukan bola sepak Kedah yang berada di Stadium Malawati berasa cemas kerana peluang pasukan negeri mereka untuk memenangi pertandingan itu semakin parah.
(Jawapan: tipis)

b) Apabila hujan berterusan dari sehari ke sehari, cuaca di kawasan pantai terasa sangat segar terutama pada sebelah pagi.
(Jawapan: sejuk/dingin)

c) Solehah tetap gigih memotong daging yang keras itu untuk dimasak kari pada tengah hari ini.
(Jawapan: kenyal)

1.4 Kata Tugas
1.4.1 Kata Sendi Nama

Soalan contoh:
Kesalahan tatabahasa ayat dibawah akan digariskan dan dihitamkan.

Semua pengawas di dalam mesyuarat itu bersetuju untuk akur akan arahan guru disiplin yang datang daripada pihak sekolah. Oleh sebab itu, guru disiplin memaklumkan murid-murid agar mematuhi peraturan sekolah dari masa kepada masa. Sejak daripada itu, ibu bapa pula tidak jemu-jemu mengingatkan anak-anak mereka agar mematuhi peraturan sekolah. Pihak sekolah pula menampal peraturan sekolah itu pada papan tanda yang diletakkan ke kantin sekolah.
(Jawapan: dalam, ke, dari, di)

1.4.2 Kata Hubung

Soalan contoh:
Kesalahan tatabahasa ayat dibawah akan digariskan dan dihitamkan.



Amirah amat dikagumi oleh rakan-rakannya kerana dia bukan sahaja menerima anugerah murid cemerlang dalam akademik mahupun menerima anugerah murid cemerlang dalam kokurikulum. Dia sentiasa membaca buku bila ada masa lapang di rumahnya. Dia berazam agar memperoleh kejayaan cemerlang dalam PT3. Ibunya, Puan Munirah akan menghantarnya ke sekolah dengan mengambilnya dari sekolah pada setiap hari.
(Jawapan: bahkan, apabila, untuk, dan)

Sekian.

Pada entri seterusnya saya akan menerangkan mengenai bahagian kedua morfologi bahasa Melayu iaitu proses pembentukan kata bahasa Melayu.

2. Proses Pembentukan kata dalam bahasa Melayu dari segi bentuk terbahagi kepada empat iaitu:

2.1 Bentuk kata tunggal
2.2 Bentuk kata terbitan
2.3 Bentuk kata majmuk
2.4 Bentuk kata ganda

Sumber: BH Minda (Selasa, 12 Januari 2016)

Wassalam.




Thursday, 14 January 2016

Minggu seribu kenangan

As salam dan Selamat Sejahtera ...

Malam Seribu Kenangan.... IKTBN Alor Gajah Sesi 1/2016

Malam sebelum penutup Minggu Seribu Kenangan merupakan malam persembahan kebudayaan oleh semua pelajar baru IKTBN Alor Gajah. Kami barisan fasilitator telah sepakat untuk memilih tema tarian dan pelajar baru perlu mempersembahkan tarian seperti yang diarahkan.  Oleh kerana mereka terdiri daripada 13 buah kumpulan maka 13 jenis tarian telah dipilih secara undian oleh Ketua Kumpulan.

Dari zapin, joget, kpop, bollywood, shuffle, breakdance dan sebagainya antara jenis tarian yang dipilih.  Kumpulan Echo telah mendapat undian tarian joget. Maka bermulalah episod berlatih menari oleh semua kumpulan.  Lagu yang dipilih ialah lagu Joget Senyum Memikat nyanyian Siti Nurhaliza.  Memang menarik dan oleh kerana saya mempunyai sedikit asas tarian, maka dapatlah saya mengajar, menunjuk ajar sedikit asas kepada ahli kumpulan saya.

Selebihnya saya menyerahkan kepada semua ahli kumpulan amanah dan tanggungjawab untuk memikirkan bagaimana cara untuk mempersembahkan tarian joget kepada semua dengan cara yang paling menarik dan unik.

Malam persembahan oleh semua kumpulan telah diadili oleh barisan hakim dan kebetulan saya telah dipilih menjadi juri seterusnya ketua juri. Puan Auni dan En. Azad juga terpilih menjadi juri dan memang banyak keletah peserta-peserta kumpulan yang kreatif, kaku, beku dan sebagainya hasil daripada usaha mereka sendiri.  

Saya dan barisan juri telah sepakat memberi mata kemenangan kepada kumpulan Mike yang mempersembahkan tarian agogo dengan lagu Malam Pesta Muda Mudi nyanyian Allahyarhamah Saloma. Mereka memang 'awesome' dan tidak segan silu menari mengikut arahan dan dengan keberanian serta kesungguhan mereka semualah yang menyebabkan markah yang diperolehi sedikit tinggi berbanding markah kumpulan lain.  Syabas dan Tahniah kumpulan Mike.
Kumpulan Echo selepas membuat persembahan tarian joget..... yeehaaaa

Akhir kalam, sentiasalah menjadi diri sendiri dan mengingati pepatah "Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung." Semoga kita semua memperoleh manfaat dari Malam Seribu Kenangan IKTBN AG sesi 1 2016.  Aamiin.

Wassalam.


Sunday, 10 January 2016

paradigma

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia,


Lama sudah saya tidak mengemaskini blog ini dan Ucapan Selamat Tahun Baru saya tujukan kepada semua pembaca yang budiman sekalian. Hari ini sementara menunggu anak-anak didik kumpulan Echo, saya sempat menaip sedikit untuk tatapan anda semua.  Saya suka untuk mengingatkan kepada para pelajar baru IKTBN Alor Gajah yang ketahuilah bahawa setiap perkara yang anda ingin lakukan perlulah dimulakan dengan lafaz Bismillah hirrahmannirrahim dan juga beserta niat yang betul.  In shaa Allah, semua perkara akan dipermudahkan.

Malam ini akan bermula malam persembahan dari anda semua dan untuk anak-anak didik kumpulan Echo, berlatihlah dengan bersungguh-sungguh.  Practice make perfect.

Saya akan update kisah mereka di blog ini kemudian setelah tamat minggu orientasi pelajar baru IKTBN Alor Gajah.  

Wassalam.