Assalam dan Selamat Sejahtera....
Bertenaga semula setelah bercuti bersama rakan-rakan sekerja.
Bersama rakan sekerja... Ustazah Ayu, Miss Atirah dan Pn. Auni |
Menikmati yong tau foo di Bagan Pinang. Duduk bersila ala-ala kg.com gitu. Sopan santun dan ayu gitu. Tetapi adat orang timur kan ... begitulah gayanya. |
Adab Musafir
Adab-adab musafir yang sunat diberikan perhatian oleh kita semua adalah seperti berikut:
1. Memulakan perjalanan pada hari Khamis
2. Memulakan perjalanan pada waktu malam
3. Tidak bermusafir sendirian
4. Mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga
5. Berdoa ketika bermusafir
6. Segera pulang apabila urusan sudah selesai
Mengapa?
Menurut Riwayat al-Bukhari, Rasulullah suka memulakan perjalanannya pada hari Khamis. Rasulullah juga mengingatkan:"Jika manusia mengetahui bahaya bermusafir sendirian sebagaimana yang aku ketahui, tentu mereka enggan bermusafir sendirian."
Menurut Riwayat Abu Dawud pula mengatakan, Rasulullah bersabda: "Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam."
Menurut Riwayat Ahmad, Rasulullah bersabda: "Amalkanlah doa Rasulullah iaitu "Aku serahkan kamu kepada Allah yang tidak pernah mensia-siakan simpanan yang ditinggalkan kepadaNya."
Riwayat al-Tarmizi pula mengatakan, "Tiga doa yang pasti akan dikabulkan Allah ialah doa orang teraniaya, doa orang dalam perjalanan dan doa orang tua terhadap anaknya."
Riwayat al-Bukhari dan Muslim mengatakan, Rasulullah menyatakan: "Perjalanan adalah sebahagian daripada azab. Dia tidak dapat makan enak dan minum sepuas-puasnya serta tidur dengan nyenyak. Apabila seorang daripada kamu sudah menyelesaikan hajatnya, segeralah kembali kepada keluarganya."
Wallahu a'lam. (sumber: Bicara Sunnah:Al-Ustaz, Isu No 20)
Sekian,
Wassalam.
#sehatisejiwa