Merai Kepelbagaian Bahasa
"Manusia tidak akan dapat hidup tanpa berhubungan dan berinteraksi sesama mereka."
Berdasarkan ayat ke 13, Surah al-Hujarat ("Wahai Umat Manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai-bagai bangsa dan bersuku puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain").
Berdasarkan ayat itu, dapat difahami bahawa penciptaan manusia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan keturunan adalah satu ketetapan daripada Pencipta. Ia menjadi tanda bahawa Dia berkuasa mencipta makhluk-Nya dengan pelbagai perbezaan.
Alangkah indahnya kehidupan ini andai kita dapat berinteraksi dengan pelbagai bahasa antara sesama manusia daripada bangsa dan keturunan yang pelbagai. Mengambil contoh kita sebagai rakyat Malaysia beragama Islam, amat wajar untuk kita menguasai paling kurang tiga bahasa iaitu Melayu, Arab dan Inggeris.
Tidak semua orang Melayu mahir berbahasa Melayu dengan baik. Maka, pengetahuan mengenai penggunaan Bahasa Melayu yang betul amat penting. Bahasa Arab pula adalah satu bahasa yang digunakan setiap hari oleh umat Islam. Oleh itu, adalah wajar untuk bahasa Arab diperkasakan sebagaimana Bahasa Inggeris yang mempunyai kepentingan diperingkat global.
Usah dinafikan kepentingannya kerana dengan menguasai Bahasa Inggeris, kita dapat manfaat daripada ilmu yang ditemui dan diterjemah oleh orang bukan Islam. Penguasaan bahasa merupakan senjata penting untuk menangkis serangan musuh Islam yang menggunakan medium bahasa untuk menyebarkan ideologi ditolak Islam.
Semoga umat Islam menjadi umat yang cemerlang dengan penguasaan pelbagai ilmu bahasa dan pengetahuan. (Addin, Harian Metro, 31 Okt 2015)
Sajak oleh Pelajar Iktbn semasa pertandingan Deklamasi Sajak sempena Bulan Bahasa Kebangsaan.