Welcome

animasi-bergerak-selamat-datang-0291

Thursday 14 January 2016

Minggu seribu kenangan

As salam dan Selamat Sejahtera ...

Malam Seribu Kenangan.... IKTBN Alor Gajah Sesi 1/2016

Malam sebelum penutup Minggu Seribu Kenangan merupakan malam persembahan kebudayaan oleh semua pelajar baru IKTBN Alor Gajah. Kami barisan fasilitator telah sepakat untuk memilih tema tarian dan pelajar baru perlu mempersembahkan tarian seperti yang diarahkan.  Oleh kerana mereka terdiri daripada 13 buah kumpulan maka 13 jenis tarian telah dipilih secara undian oleh Ketua Kumpulan.

Dari zapin, joget, kpop, bollywood, shuffle, breakdance dan sebagainya antara jenis tarian yang dipilih.  Kumpulan Echo telah mendapat undian tarian joget. Maka bermulalah episod berlatih menari oleh semua kumpulan.  Lagu yang dipilih ialah lagu Joget Senyum Memikat nyanyian Siti Nurhaliza.  Memang menarik dan oleh kerana saya mempunyai sedikit asas tarian, maka dapatlah saya mengajar, menunjuk ajar sedikit asas kepada ahli kumpulan saya.

Selebihnya saya menyerahkan kepada semua ahli kumpulan amanah dan tanggungjawab untuk memikirkan bagaimana cara untuk mempersembahkan tarian joget kepada semua dengan cara yang paling menarik dan unik.

Malam persembahan oleh semua kumpulan telah diadili oleh barisan hakim dan kebetulan saya telah dipilih menjadi juri seterusnya ketua juri. Puan Auni dan En. Azad juga terpilih menjadi juri dan memang banyak keletah peserta-peserta kumpulan yang kreatif, kaku, beku dan sebagainya hasil daripada usaha mereka sendiri.  

Saya dan barisan juri telah sepakat memberi mata kemenangan kepada kumpulan Mike yang mempersembahkan tarian agogo dengan lagu Malam Pesta Muda Mudi nyanyian Allahyarhamah Saloma. Mereka memang 'awesome' dan tidak segan silu menari mengikut arahan dan dengan keberanian serta kesungguhan mereka semualah yang menyebabkan markah yang diperolehi sedikit tinggi berbanding markah kumpulan lain.  Syabas dan Tahniah kumpulan Mike.
Kumpulan Echo selepas membuat persembahan tarian joget..... yeehaaaa

Akhir kalam, sentiasalah menjadi diri sendiri dan mengingati pepatah "Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung." Semoga kita semua memperoleh manfaat dari Malam Seribu Kenangan IKTBN AG sesi 1 2016.  Aamiin.

Wassalam.