Bahasa Kita Biarlah Bahasa Cinta...
Sebagaimana karya Peter Augustine Goh.
Kepelbagaian bahasa di negara Malaysia melambangkan kepelbagaian kaum kerana secara asasnya Kaum Melayu bertutur dalam Bahasa Melayu, Kaum Cina bertutur dalam Bahasa Mandarin dan Kaum India bertutur dalam Bahasa Tamil. Begitu juga dengan Kaum Iban di Sarawak dan juga Kaum Kadazan di Sabah, mereka bertutur dalam bahasa ibunda mereka sendiri. Proses asimilasi bahasa ini semakin berkembang dan berevolusi dari awal tahun 1970-an sehingga pada tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan Bahasa Malaysia sebagai satu simbol bahasa yang melambangkan Bahasa Melayu ini adalah bahasa untuk semua.
Struktur Bahasa
Kamus Za'ba mentakrifkan kata "struktur" kepada dua kategori.
Kategori pertama:
"susunan atau bahagian daripada sesuatu binaan dan
susunan atau bahagian daripada sesuatu binaan" meliputi pola atau bentuk masyarakat
yang terbentuk atau tersusun daripada pelbagai jenis unsur yang
mempunyai hubungan di antara satu sama lain. Kata "struktur" juga
ditakrifkan sebagai bukan cara sesuatu yang terbentuk daripada pelbagai
bahagian, unsur atau aspek tertentu sehingga menjadi suatu pola, sistem
atau bentuk tertentu.
Kategori yang
kedua:
"sistem rangka sesebuah karya sastera yang terlebih dahulu
dirancang". Sistem rangka
sesebuah karya sastera yang terlebih dahulu dirancang (Kamus Za'ba,
2001: 1073). Takrifan yang sama juga boleh diperoleh bagi kata "struktur"
jika dirujuk dalam Kamus Melayu Global (Kamus Melayu Global, 1997:
1073).
Terdapat beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian
bahasa Melayu. Variasi bahasa ini ditentukan oleh faktor teknikal bahasa
iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Dialek merupakan variasi
bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna
dalam sesuatu masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi atau
kawasan. Sebagai contoh, rakyat di negeri Kelantan mempunyai dialek
percakapan yang berbeza dengan pertuturan di Selangor. Bahasa Melayu
juga banyak menyerap bahasa-bahasa asing seperti Sanskrit, Inggeris,
Belanda, Jawa, Arab dan sebagainya. Hal ini disebabkan oleh sifat
keterbukaan dan kelenturan bahasa Melayu itu sendiri untuk meresap dan
asimilasi dengan bahasa-bahasa lain.