Welcome

animasi-bergerak-selamat-datang-0291

Tuesday 5 April 2016

Kemahiran Bahasa

Assalamualaikum dan Salam 1Bahasa,

Setelah sekian lama sepi tanpa berita, hari ini saya berkesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu bahasa hasil dari pembacaan saya melalui siaran akbhar tempatan. Selamat membaca... 

KEKELIRUAN AWALAN PEN-

Dalam bahasa Melayu, awalan PeN- sering mengelirukan pengguna bahasa. Sebagai pengguna bahasa, kita perlulah mengetahui bahawa awalan PeN- boleh membentuk pelbagai awalan seperti pe-, pem-, pen- dan peng-.

Dalam hal ini, pengguna bahasa sering mengalami kekeliruan antara awalan PeN- dengan awalan pe- yang terdapat dalam bahasa Melayu yang boleh membawa awalan PeN- di samping awalan pe-. Contoh:



Ayat contoh:
1. 
(a) Jarum penunjuk jam itu sangat pendek.
(b) Pada malam itu, saya mendapat petunjuk daripada-Nya.

2. 
(a) Dia menunjukkan peninjunya kepada pihak lawan.  
(b) Petinju negara akan ke Sukan SEA untuk mempertahankan pingat emas dalam kejohanan tinju itu.

3. 
(a) Nabi Muhammad SAW ialah pesuruh Allah SWT.
(b) Penyuruh yang menyebabkan wanita itu terperangkap dalam aktiviti pengedaran dadah telah ditangkap oleh pihak berkuasa.

4. 
(a) Semua petugas media dikehendaki memakai pas keselamatan.
(b) Saya mengikut arahan penugas itu tentang perkara-perkara yang perlu saya lakukan.

5. 
(a) Penyakit yang sedang merebak di negara kita itu dari luar negara.
(b) Pesakit itu amat gembira kerana ditempatkan di wad kelas pertama.

6. 
(a) Kebanyakan pengilang atau pekerja di kilang itu warga asing.
(b) Semua pekilang dikehendaki mematuhi peraturan tentang alam sekitar.

7. 
(a) Pesara kerajaan mendapat kemudahan rawatan percuma di hospital kerajaan.
(b) Beliau ialah penyara kepada anak-anak saudaranya yang telah kehilangan ibu bapa sejak dua tahun yang lalu.


Ayat contoh beserta perbandingan:

Jika kita meneliti ayat dibawah, ayat (1) salah, manakala ayat (2) betul.

1. Peninju negara telah berjaya memenangi pertarungan itu. [X]
2. Petinju negara telah berjaya memenangi pertarungan itu. [/]

Ayat (1) salah kerana perkataan 'peninju' bermaksud genggaman tangan atau penumbuk.
Ayat (2) betul kerana perkataan 'petinju' bermaksud orang yang bertinju.

Sebagai kesimpulannya, pengguna bahasa Melayu perlulan menguasai awalan PeN- dan awalan pe- sama ada dari segi bentuk atau makna. Apabila kedua-dua aspek ini dikuasai, kita dapat menggunakan bahasa dengan betul.

Sekian..

Wassalam

No comments:

Post a Comment