Welcome

animasi-bergerak-selamat-datang-0291

Sunday 1 November 2015

Bahasa Cinta...

Bahasa Kita Biarlah Bahasa Cinta... 


Sebagaimana karya Peter Augustine Goh.


Kepelbagaian bahasa di negara Malaysia melambangkan kepelbagaian kaum kerana secara asasnya Kaum Melayu bertutur dalam Bahasa Melayu, Kaum Cina bertutur dalam Bahasa Mandarin dan Kaum India bertutur dalam Bahasa Tamil.  Begitu juga dengan Kaum Iban di Sarawak dan juga Kaum Kadazan di Sabah, mereka bertutur dalam bahasa ibunda mereka sendiri.  Proses asimilasi bahasa ini semakin berkembang dan berevolusi dari awal tahun 1970-an sehingga pada tahun 2007, bahasa kebangsaan Malaysia dinamakan Bahasa Malaysia sebagai satu simbol bahasa yang melambangkan Bahasa Melayu ini adalah bahasa untuk semua.

Struktur Bahasa

Kamus Za'ba mentakrifkan kata "struktur" kepada dua kategori. 

Kategori pertama:
"susunan atau bahagian daripada sesuatu binaan dan susunan atau bahagian daripada sesuatu binaan" meliputi pola atau bentuk masyarakat yang terbentuk atau tersusun daripada pelbagai jenis unsur yang mempunyai hubungan di antara satu sama lain. Kata "struktur" juga ditakrifkan sebagai bukan cara sesuatu yang terbentuk daripada pelbagai bahagian, unsur atau aspek tertentu sehingga menjadi suatu pola, sistem atau bentuk tertentu.

Kategori yang kedua:
"sistem rangka sesebuah karya sastera yang terlebih dahulu dirancang".  Sistem rangka sesebuah karya sastera yang terlebih dahulu dirancang (Kamus Za'ba, 2001: 1073). Takrifan yang sama juga boleh diperoleh bagi kata "struktur" jika dirujuk dalam Kamus Melayu Global (Kamus Melayu Global, 1997: 1073).

Terdapat beberapa istilah yang mewujudkan variasi atau kepelbagaian bahasa Melayu. Variasi bahasa ini ditentukan oleh faktor teknikal bahasa iaitu sebutan, kosa kata dan tatabahasa. Dialek merupakan variasi bahasa apabila variasi bahasa itu masih difahami oleh oleh pengguna dalam sesuatu masyarakat bahasa walaupun ada pembahagian geografi atau kawasan. Sebagai contoh, rakyat di negeri Kelantan mempunyai dialek percakapan yang berbeza dengan pertuturan di Selangor. Bahasa Melayu juga banyak menyerap bahasa-bahasa asing seperti Sanskrit, Inggeris, Belanda, Jawa, Arab dan sebagainya. Hal ini disebabkan oleh sifat keterbukaan dan kelenturan bahasa Melayu itu sendiri untuk meresap dan asimilasi dengan bahasa-bahasa lain.
 

2 comments: