Welcome

animasi-bergerak-selamat-datang-0291

Wednesday 4 November 2015

Pertingkat Kebolehpasaran

Memartabat Bahasa Melayu, Memperkukuhkan Bahasa Inggeris

"PPPM 2013 - 2025 memfokus kepada penerokaan ilmu dalam bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik"

Assalamualaikum,

Aspek penguasaan pelbagai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris menjadi tumpuan penting dalam proses sistem pendidikan negara kerana kefasihan dan keyakinan berbahasa dalam kalangan pelajar mampu meningkatkan kebolehpasaran mereka serta membuka banyak peluang kerjaya di dalam dan luar negara.

Justeru, bagi memastikan pelajar mampu berdaya saing di rantau ini juga di peringkat global, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberi tumpuan dan titik fokus kepada penerokaan ilmu dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan Inggeris.

Fokus itu selaras seperti apa yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 iaitu penguasaan bahasa Melayu dan Inggeris yang mantap dan cekap dalam kalangan pelajar.

Dasar Memartabat Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris telah menggariskan lapan strategi supaya penguasaannya meliputi bukan sahaja di dalam bilik darjah, tetapi mampu diadaptasi dengan dunia luar.  Lapan strategi tersebut ialah:

  1. Mentransformasikan Kurikulum Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  2. Memantapkan Kompetensi Guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  3. Menempatkan Guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Mengikut Opsyen
  4. Menggunakan Khidmat Pakar Perunding dan Pembantu Guru
  5. Memperluas Penggunaan Bahan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  6. Memperluas Publisiti dan Kempen Pengukuhan Bahasa
  7. Meningkatkan Penyertaan Murid Dalam Aktiviti Bahasa Di Luar Bilik Darjah
  8. Melaksanakan Pentaksiran dan Pelaporan Keperihalan Pencapaian Murid

Dua jawatankuasa telah dibentuk dan masing-masing bertanggungjawab mengatur, merancang strategi melalui pelbagai aspek termasuk kurikulum, guru, penggunaan bahan, aktiviti luar bilik darjah dan sebagainya.  Selain itu, mereka juga bertanggungjawab memayungi 18 sektor agensi untuk menyemarakkan pelaksanaan bahasa kebangsaan di peringkat agensi masing-masing.  Sebagai contoh, baru-baru ini telah berlangsungnya Majlis Tilawah Al-Quran, Nasyid, Pidato dan Deklamasi Sajak Antara IKBN, IKTBN, KKBN dan AKBG Se-Malaysia di IKBN Kuala Langat serta terkini akan berlangsungnya Pertandingan Pidato dan Deklamasi Sajak peringkat KBS Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan Bagi Tahun 2015 di Menara KBS, Putrajaya.

Kedua-dua bahasa ini sama pentingnya dalam sistem pendidikan kita di samping tidak meminggirkan bahasa Melayu sendiri.  Kita juga mahu berjaya sebagaimana negara Jepun, Korea, China, Perancis dan Jerman yang masih maju walaupun berbahasa sendiri 100 peratus.

Wassalam. 


No comments:

Post a Comment