Welcome

animasi-bergerak-selamat-datang-0291

Wednesday, 3 May 2017

Debaran Baru

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

 
Syukur Alhamdulillah kerana berkesempatan lagi mendidik anak-anak didik di IKTBN Alor Gajah. Setelah tamat sesi peperiksaan April yang lalu, kini melaksanakan persediaan untuk peperiksaan akhir sesi 1/2017. Pelajar IKTBN akan menduduki peperiksaan akhir sesi januari ini pada bulan jun, dari 5 hingga 16hb.
 
 
Semoga pelajar sudah membuat persiapan awal sementelah perlu melayan pelbagai aktiviti dan program yang dianjurkan oleh semua pihak bahagian dan jabatan di IKTBN ini.  Terkini berlangsung sudah penyampaian hadiah sukan dalaman IKTBN AG yang berlangsung dari akhir mac hingga 28 april 2017 pada sebelah pagi.
 
 
Diikuti oleh career talk oleh pihak McDonalds untuk pelajar hospitality yang akan tamat pada tahun 2017 ini.
 
 


Monday, 26 September 2016

Jom Belajar Koding

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....


Jom Belajar Koding...


Seronok dan sangat puas hati!!! 

Itulah perasaan yang dapat saya gambarkan setelah mengiring pelajar-pelajar IKTBN Alor Gajah merangkap sebagai peserta Jom Belajar Koding Peringkat Negeri Melaka di Auditorium, MITC, Ayer Keroh, Melaka.

YOU GUYS ARE AWESOME.... Salute!!! Terbaik!!!


Jommmm......

Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada peserta JOM BELAJAR KODING dari IKTBN Alor Gajah kerana sanggup mengorbankan masa hujung minggu anda dengan belajar koding ini.

Ucapan penghargaan juga ditujukan khas untuk Biro Profesional Muda, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Melaka kerana menganjurkan program ini semata-mata untuk meningkatkan kebolehpasaran anak-anak muda belia negeri dari segi peningkatan kemahiran koding dalam teknologi maklumat.

Senyum walau dalam apa jua keadaan kan..... heheh


Saya sangat suka dan berharap ada antara peserta JOM BELAJAR KODING ini menyertai pertandingan seperti yang diwar-warkan dalam program yang lepas.  Kalian boleh buat dan saya berkeyakinan yang kalian BOLEH!!!!


Sudah lebih dari 15 tahun meninggalkan bahasa pengaturcaraan ini..... Catch up.. Wake up guys...

Sekian, Wassalam.

Friday, 23 September 2016

Peka Bahasa Siri 4

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....

Semoga hari ini lebih baik berbanding semalam.

Semoga anda semua sentiasa berada di bawah lembayung kasihNya. Entri kali ini saya masih ingin berkongsi siri Peka Bahasa yang telah dikeluarkan oleh pihak KBS kepada semua warga KBS.



Sekian, wassalam.

Thursday, 8 September 2016

Peka Bahasa Siri 3

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Selamat menyambut Hari Raya Qurban kepada semua dan Selamat menyambut Hari Malaysia pada 16 September 2016. 

Semoga anda semua sentiasa berada di bawah lembayung kasihNya. Entri kali ini saya ingin berkongsi Peka Bahasa yang telah dikeluarkan oleh pihak KBS kepada semua warga KBS.
Sekian, Wassalam

Monday, 29 August 2016

PEKA BAHASA SIRI 2

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera...


Salam 1 Malaysia, Salam Merdeka 


#sehatisejiwa

Peka bahasa pada kali ini penggunaan perkataan mencolok dan menjolok. Berikut adalah perbandingan penggunaan kata tersebut:


Sunday, 28 August 2016

PEKA BAHASA SIRI 1

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...


INFO PENGGUNAAN BAHASA MELAYU...

Entri kali ini dan seterusnya adalah pengumpulan peka bahasa yang diperolehi dari Team Kementerian Belia dan Sukan.

Berikut adalah info penggunaan Bahasa Melayu yang betul yang diperolehi dari Team KBS.

Selamat Membaca...

Wassalam

Wednesday, 24 August 2016

Cuti2 Malaysia

Assalam dan Selamat Sejahtera....


Bertenaga semula setelah bercuti bersama rakan-rakan sekerja.

Bersama rakan sekerja... Ustazah Ayu, Miss Atirah dan Pn. Auni
Puas dan gembira hingga tidak dapat saya gambarkan dengan perkataan.  Tiba-tiba rindu menerpa untuk saya kembali menulis dan berkongsi cerita. Sambil bercuti jangan pula lupa ada adab-adab yang perlu diikuti oleh setiap muslimin dan muslimat.

Menikmati yong tau foo di Bagan Pinang.  Duduk bersila ala-ala kg.com gitu.  Sopan santun dan ayu gitu.
Tetapi adat orang timur kan ... begitulah gayanya. 
Entri saya pada hari ini adab dan sikap ketika bermusafir.  Adab dan sikap yang baik tentulah idola muslimin dan muslimat iaitu Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W.

Adab Musafir
Adab-adab musafir yang sunat diberikan perhatian oleh kita semua adalah seperti berikut:

1. Memulakan perjalanan pada hari Khamis
2. Memulakan perjalanan pada waktu malam
3. Tidak bermusafir sendirian
4. Mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarga
5. Berdoa ketika bermusafir
6. Segera pulang apabila urusan sudah selesai

Mengapa?

Menurut Riwayat al-Bukhari, Rasulullah suka memulakan perjalanannya pada hari Khamis. Rasulullah juga mengingatkan:"Jika manusia mengetahui bahaya bermusafir sendirian sebagaimana yang aku ketahui, tentu mereka enggan bermusafir sendirian."

Menurut Riwayat Abu Dawud pula mengatakan, Rasulullah  bersabda: "Berjalanlah pada waktu malam kerana bumi dijadikan lebih pendek pada waktu malam."

Menurut Riwayat Ahmad, Rasulullah bersabda: "Amalkanlah doa Rasulullah iaitu "Aku serahkan kamu kepada Allah yang tidak pernah mensia-siakan simpanan yang ditinggalkan kepadaNya."

Riwayat al-Tarmizi pula mengatakan, "Tiga doa yang pasti akan dikabulkan Allah ialah doa orang teraniaya, doa orang dalam perjalanan dan doa orang tua terhadap anaknya."

Riwayat al-Bukhari dan Muslim mengatakan, Rasulullah menyatakan: "Perjalanan adalah sebahagian daripada azab. Dia tidak dapat makan enak dan minum sepuas-puasnya serta tidur dengan nyenyak. Apabila seorang daripada kamu sudah menyelesaikan hajatnya, segeralah kembali kepada keluarganya."

Wallahu a'lam. (sumberBicara Sunnah:Al-Ustaz, Isu No 20)

Sekian, 
Wassalam. 

#sehatisejiwa